Hak Penjagaan Anak
PEGUAM PERCERAIAN ISLAM DAN PERTAHANAN
Kami faham situasi anda
Hak penjagaan anak adalah satu perkara yang sukar untuk berurusan dengan sebagai ibu bapa. Di Emerald Law, kami memahami kepentingan untuk menjaga anak anda dan meluangkan masa yang berkualiti dengan anak anda. Peguam kami yang pakar dalam hal yang berkaitan dengan jagaan anak akan dapat membantu anda memastikan bahawa sebagai ibu bapa anda akan dapat menjaga anak anda dan keperluan mereka dilindungi.
Hubungi kami hari ini, tiada kos untuk konsultasi kami.

PERTANYAAN LAZIM
Ia adalah untuk kita membincangkan mengenai perkara anda secara ringkas dan untuk menyediakan anda dengan gambaran keseluruhan umum. Kami tidak akan menyemak sebarang dokumen pada konsultasi pertama yang percuma.
Ya, akan ada bayaran tetapi bayaran untuk khidmat kami berpatutan.
Kami akan cuba sebaiknya untuk menyesuaikan kos kami dengan keperluan kewangan anda. Kami menawarkan aturan bayaran tetap dan bayaran ansuran untuk perkhidmatan kami.
Walau bagaimanapun, jika anda benar-benar tidak mampu untuk mengambil perkhidmatan daripada peguam kami, kami akan mengesyorkan anda untuk mendekati Legal Aid Bureau atau Law Society Pro-Bono Services dan mentelitikan jika anda layak.
“Custody” merujuk kepada siapa yang membuat keputusan utama untuk anak seperti sama ada anak itu boleh dibawa ke luar negara atau di mana anak menghadiri sekolah. “Care and control” merujuk kepada siapa yang menjaga anak setiap hari. Secara umumnya, jika anak berumur di bawah 7 tahun, ibu akan mendapatkan penjagaan & kawalan tetapi jika bapa boleh membuktikan bahawa dia adalah seorang penjaga yang lebih baik, Mahkamah boleh memberi hak penjagaan & kawalan kepada bapa. Tentang “Custody”, Mahkamah biasanya memberi jagaan bersama bagi memastikan kedua-dua ibu bapa terus membuat keputusan utama untuk anak.
Akses kepada ibu bapa adalah hak kecuali jika ibu bapa adakah punca kebahayaan kepada anak. Tidak ada ketetapan sama ada akses semalaman diberikan sekali seminggu atau sekali setiap 2 minggu dan ia akan bergantung kepada kerapatan ibu bapa dengan anak. Walau bagaimanapun, secara lazimnya akses semalaman diberikan sekali setiap dua minggu . Untuk minggu di mana tiada akses semalaman, akses harian akan diberikan. Sekali lagi, setiap kes mengikut fakta tersendiri.
|
Secara umumnya, terdapat 2 jenis perintah berkenaan akses, iaitu akses yang munasabah dan akses diselia. Dalam kategori akses yang munasabah, anda juga boleh mendapatkan akses semalaman. Walau bagaimanapun, akses semalaman tidak termasuk secara automatik dalam akses munasabah. Ia lebih baik untuk menetapkan akses semasa cuti sekolah juga.
Secara umumnya, terdapat 2 jenis perintah berkenaan akses, iaitu akses yang munasabah dan akses diselia. Dalam kategori akses yang munasabah, anda juga boleh mendapatkan akses semalaman. Walau bagaimanapun, akses semalaman tidak termasuk secara automatik dalam akses munasabah. Ia lebih baik untuk menetapkan akses semasa cuti sekolah juga.
Anda boleh membuat permohonan untuk pengubahan perintah mahkamah. Tiada had masa untuk permohonan ini. Sila rujuk kepada artikel mengenai perubahan.
Kebiasaanya Mahkamah tidak akan mengehadkan akses secara keseluruhan. Mahkamah mungkin akan mengeluarkan perintah untuk akses diselia, iaitu untuk anda hadir apabila pasangan anda berjumpa dengan anak.
Dalam keadaan sedemikian, akses akan ditambahkan. Suami anda mungkin tidak akan mendapat akses semalaman sekarang, tetapi pada masa akan datang, dia boleh mendapatkan akses semalaman.
Tidak ada amalan sedemikian. Penjagaan dan kawalan boleh diberikan kepada suami atau isteri bergantung kepada siapa penjaga yang lebih baik. Hukum Islam juga menyatakan bahawa ibu mempunyai hak umum untuk kanak-kanak di bawah umur 7 tahun.
Tidak ada jawapan yang jelas kepada soalan ini tetapi ada asas untuk mengatakan bahawa seseorang mungkin kehilangan hak. Walau bagaimanapun, ini mesti dibuktikan, dan ia mungkin mencabar untuk membuktikannya.
Sila tonton video kami di sini.
Jika anda telah memfailkan perceraian di Mahkamah Syariah, maka anda perlu segera mengambil permohonan interim (permohonan sementara) untuk Mahkamah membuat keputusan bila anda dapat melihat anak semasa menunggu keputusan perceraian. Walau bagaimanapun, jika anda tidak memfailkan perceraian di Mahkamah Syariah, anda mesti membuat permohonan sementara di Mahkamah Keluarga (Family Court).
Bercakap dengan peguam sekarang
Hubungi kami hari ini
Peguam khusus kami dan pasukan kami akan sedia untuk membantu anda. Konsultasi pertama kami adalah percuma.
Kenapa pilih kami
Kami peguam khusus
Setiap peguam yang ditugaskan kepada kes anda adalah seseorang yang telah mengendalikan banyak kes serupa sebelum ini. Mereka membawa elemen khusus kepada perkara anda dan memastikan bahawa kes anda dikendalikan dengan terjaga.
Kami menyediakan penyelesaian
Kami memastikan bahawa nasihat dan penyelesaian yang diberikan kepada anda menyelesaikan perkara anda dengan cara yang paling cekap. Kami bukan di sini untuk hanya bertutur-kata, kami berada di sini untuk menyediakan penyelesaian sebenar
Kami komited
Kami menyediakan perkhidmatan dengan penuh dedikasi dan kami juga boleh mengatur untuk bertemu anda di luar waktu pejabat biasa kami.
Bercakap dengan peguam sekarang
Hubungi kami hari ini
Peguam khusus kami dan pasukan kami akan sedia untuk membantu anda. Konsultasi pertama kami adalah percuma.