Process Perceraian Singapore

syariah-court

Pepatah Melayu ada mengatakan, “tak kenal maka tak cinta”?

Tapi bila sudah saling mengenali antara satu dengan lain, adakah masih cinta? Ataupun sudah jemu dan tidak sesuai lagi?

Jikalau sudah tidak senang antara satu dengan lain, semuanya tidak serasi. Ada sahaja kesilapan yang terlalu jelas di pandang mata dan segalanya serba tidak kena.

 

Dalam tinjauan Jabatan Statistik Singapura pada tahun 2017, terdapat 1637 kes perceraian berbanding dengan 1702 kes pada tahun 2016. Dengan demikian, dapat dinyatakan bahawa kes perceraian Muslim di Singapura, merosot pada kadar 3.8%.

Bagaimanapun perceraian tetap berlaku di kalangan orang-orang Melayu atas sebab-sebab tertentu dan tidak dapat dielakkan. Bagaimanakah cara dan proses perceraian di Singapura?

 

Mengikut seksyen 35 Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (AMLA), Mahkamah Syariah di Singapura mempunyai bidang kuasa untuk mendengar dan menentukan kes-kes yang berkaitan dengan perkahwinan, perceraian, antara kes-kes yang lain.

Kes perceraian akan ditangani oleh Mahkamah Syariah jika kedua-dua pihak adalah beragama Islam.

Di samping itu, anda dan pasangan anda boleh mendekati seorang Ustaz/Ustazah atau biasa disebut sebagai “Orang Sumber” (RP) untuk mendapatkan nasihat mengenai undang-undang Islam berkenaan dengan perceraian atau hal berkaitan perkahwinan.

Ambil perhatian bahawa apa-apa maklumat yang dikongsi semasa kaunseling adalah sulit dan tidak akan digunakan terhadap mana-mana pihak di mahkamah.

Sekiranya ada anak-anak hasil pernikahan tersebut, pasangan harus juga menghadiri kursus keibubapaan jika anak itu berusia bawah 21 tahun.

Kedua-dua pihak harus menjalani proses kaunseling dan juga program keibu-bapaan ini dalam tempoh 6 bulan sebelum permohonan untuk perceraian difailkan.

 

Selepas anda menyelesaikan kaunseling, anda dikehendaki memaklumkan kaunselor keputusan anda. Mahkamah Syariah akan menindaklanjuti dengan sewajarnya jika keputusan anda untuk meneruskan perceraian.

Tiada tindakan lanjut akan diambil jika kedua-dua pihak memutuskan untuk mengakhiri dengan pendamaian.

Dalam sesi pengantaraan, perceraian dan isu-isu sampingan seperti penjagaan anak-anak, pembahagian harta perkahwinan dan pembayaran nafkah iddah dan mutaah juga akan dibincangkan.

Sekiranya keputusan anda adalah untuk meneruskan perceraian, langkah seterusnya adalah untuk mengemukakan borang pendaftaran perceraian untuk langkah seterusnya. Dokumen-dokumen berikut hendaklah dikemukakan bersama borang pendaftaran adalah;

  • Sijil perkahwinan
  • Sijil kelahiran anak-anak
  • Kad pengenalan anda

 

Anda akan menerima pengiktirafan daripada Mahkamah Syariah dalam masa 4 hingga 6 minggu selepas penyerahan borang dan semua dokumen sokongan.

Beberapa lagi dokumen yang perlu anda serahkan ialah Originating Summons, yang merupakan dokumen undang-undang yang anda berikan kepada pasangan anda secara peribadi atau melalui peguam anda yang terlibat.

Dan yang lain adalah Kenyataan Kes (Borang 7 untuk plaintif lelaki atau Borang 8 untuk wanita plaintif). Kenyataan Kes adalah dokumen dimana alasan perceraian dinyatakan.

Sekiranya terdapat anak-anak yang di bawah usia empat belas tahun, Rancangan Keibubapaan yang Dicadangkan (Proposed Parenting Plan) dan Rancangan Keibubapaan Yang Dipersetujui (Agreed Parenting Plan) juga dikehendaki dikemukakan oleh anda dan pasangan anda bersama-sama dengan Penyataan Kes.

 

Selepas semua dokumen yang dikehendaki telah diserahkan oleh kedua-dua pihak, tarikh pengantaraan akan diberikan. Pengantaraan akan menjadi sesi pengadilan pertama anda jika perkahwinan anda didaftarkan dan di akadnikahkan di Singapura.

Kedua-dua plaintif dan defendan mesti menghadiri sesi pengantian secara bersendirian walaupun kedua-dua belah pihak mempunyai peguam masing-masing.

Hubungi Peguam Pakar Perceraian di talian +65 97118078 atau klik disini – Whatsapp Now.

Tentang hak penjagaan anak-anak, Mahkamah Syariah akan membuat keputusan berdasarkan beberapa factor seperti;

  • Keupayaan ibu atau bapa untuk membesarkan anak itu dari segi makan, minum, pakaian, persekolahan dan sebagainya.
  • Rekomendasi dari agensi social
  • Umur anak itu dan juga kehendak anak juga dititik beratkan

 

Dalam kes-kes tertentu, seorang pakar seperti doktor, ahli psikologi, pekerja social akan memeriksa dan menilai anak itu.

Tujuannya adalah untuk mendapatkan pendapat dari pakar sebagai bukti yang boleh diguna pakai dalam prosiding yang melibatkan penjagaan atau kebajikan anak-anak.

Tentang soal nafkah, iaitu nafkah iddah dan mutaah, pihak lelaki harus bertanggungjawab tentang kedua-dua nafkah ini. Penyelenggaran ini adalah untuk bekas isteri dan juga anak-anak (jika ada).

Nafkah iddah adalah wang penyelenggaran dalam tempoh iddah. Tempoh iddah adalah jangka masa tiga (3) bulan yang dimana pihak wanita tidak boleh bernikah dahulu sehinggalah habis masa iddahnya.

Mutaah pula adalah wang sagu hati yang diterima sesudah perceraian. Jumlah wang mutaah ditentukan berlandaskan formula sejumlah wang yang tertentu untuk setiap hari.

Sebagai contoh, Mahkamah Syariah menyatakan yang setiap hari jumlahnya adalah $5, jadi jumlah ini didarabkan dengan jumlah hari perkahwinan itu berlangsung. Mahkamah Syariah juga boleh menetapkan sejumlah pungkal yang harus dibayar oleh pihak lelaki.

Jumlah yang dinyatakan oleh pihak wanita akan dinilai oleh pihak Mahkamah Syariah sama ada ia bersesuaian dengan keadaan kewangan pihak lelaki.

 

Proses perceraian ini memakan masa dan juga wang diperlukan sehingga selesai proses cerai itu. Jumlah kos penyelenggaran dianggarkan antara $1,500 hingga $3,500 jika proses perceraiannya tidak ada komplikasi atau ia boleh mencecah puluhan ribu jika ada komplikasi didalam proses perceraian tersebut.

Sijil perceraian pula berharga $14 yang harus dibayar sebelum mendapatkan sijil perceraian secara mutlak.

Seandainya ada ketidakpuasaan pada mana-mana pihak, anda boleh membuat rayuan dengan Lembaga Rayuan (di Majlis Ugama Islam Singapura) dalam jangka masa tiga puluh (30) hari selepas menerima keputusan dari Mahkamah Syariah.

Namun demikian, anda dinasihati supaya mendapatkan pendapat dan nasihat peguam sebelum berbuat demikian.

Get a free consultation

Picture of Mohammad Rizuan

Mohammad Rizuan

Rizuan has a practice that deals in a wide area of practice including but not limited to Civil and Criminal Litigation, Family Litigation and Syariah Divorces.

Experience Peace of Mind with Syariah Law Firm - Your Trusted Partner in Islamic Legal Matters

At Syariah Law Firm, we understand the importance of upholding Islamic principles and values in your legal affairs. 

Talk to us about Syariah law divorce matters today.

If you’d like to know how we can assist you throughout Muslim divorce procedures in Singapore, be sure to get in touch with our friendly team today. You can do so either by calling us directly on (+65) 9711 8078 or, if you’d prefer, sending us a message online which we’ll respond to hastily.